Saya Akan Beri Kerjasama Kepada SPRM – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau akan hadir di SPRM pada Rabu ini, jam 10 pagi bagi memberi keterangan selepas menerima notis dari suruhanjaya itu.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya dalam status yang dimuatnaik di Twitternya, hari ini.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga memberi arahan kepada penyokongnya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat SPRM pada hari beliau memberi keterangan.

Menurut sumber, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan di sebuah yayasan.

Terdahulu, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu mesej pemberitahuan melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan terpaksa akur dengan arahan Presiden UMNO itu untuk mengadakan perhimpunan sebagai tanda solidariti Ahmad Zahid.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, makluman mengenai sebarang perhimpunan itu akan dimaklumkan kelak. – BERITA HARIAN

One thought on “Saya Akan Beri Kerjasama Kepada SPRM – Zahid Hamidi

  • October 8, 2018 at 9:42 pm
    Permalink

    tk bagi pun takpe punya!! apa nk heran tradisi …. mudah2an akan ramai lagi di siasat sprm….!!! byk sgt salahlaku sebelum ini!! ramai senyap takut ker? bekas2 menteri..!! tunggu jer ya!! dont worry???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.