Rosmah Bayar Ikat Jamin RM1 Juta Hari Ini

KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan 5 pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Dua wanita yang dipercayai penjamin Rosmah hadir ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi dan terus menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini untuk menandatangani dokumen berkaitan urusan ikat jamin.

Bayaran jaminan itu dibuat oleh 2 rakan wanita itu yang memakai baju kurung dan bertudung dan mereka meninggalkan Kompleks Mahkamah selepas itu dengan sebuah kenderaan.

Pada Khamis lepas, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K Kumaraendran membayar ikat jamin RM500,000 pada hari itu dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober.-Bernama

2 thoughts on “Rosmah Bayar Ikat Jamin RM1 Juta Hari Ini

  • October 8, 2018 at 8:09 pm
    Permalink

    mana dpt 1 juta byr jamin? mudah senang byk duit sgt ker??? heran ajaib pelik lah!!!!!

    Reply
  • October 8, 2018 at 9:38 pm
    Permalink

    dah berapa2 orang byr jaminan juta2?? heran mana dtg duit??? senang sgt byr?? cuba perhatikan …!! tidak heran kah..? tidak kah pelik?? ada kah mereka kategori jutawan??? dlm pejabat byk duit? dlm rumah lagi byk??? oh kaya sekali mereka2 ini ya!!! patutlah nk jawatan?? bolih simpan duit harta??? kroni2 pun senang tumpang tui!!! buatlah … tak kemana pun…!! cuba renung sejenak betapa senang mudah byr jutaan jaminan!!!!! tak pelik kah???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.