Pertumbuhan Perlahan, Ekonomi Malaysia Di Ambang Bahaya

Kedudukan ringgit masih lagi rendah berbanding dolar Amerika, kadar pertumbuhan masih perlahan, inflasi akan meningkat dan tiada elemen positif dalam belanjawan tahun depan.

Cukai-cukai tidak akan berkurangan dan penduduk dijangka menerima lebih banyak cukai baharu selepas 2019.

Gaji minimum hanya dinaikkan sebanyak RM50 sebulan.

Pendapatan isi rumah golongan sederhana kekal mendatar tanpa banyak pertumbuhan manakala sektor eksport berkemungkinan besar menyaksikan penguncupan menjelang akhir tahun dan akan berterusan sehingga akhir tahun ini.

Tol di lebuh raya tidak akan dikurangkan namun pada masa sama projek pengangkutan awam dihentikan atau ditangguhkan dan tiada sebarang berita baik untuk peminjam pinjaman pendidikan.

Kos barangan tidak menurun dan hakikatnya, ramai bersetuju bahawa kos sara hidup semakin meningkat.

Pemberian tunai secara langsung untuk golongan B40 dalam bentuk BR1M bagi meningkatkan aset cair dan pembiayaan akan dihentikan. Dana pencen juga mungkin menerima nasib yang sama.

Subsidi kerajaan untuk penjagaan kesihatan yang murah dihentikan. Namun subsidi petrol yang memberi faedah kepada M40 dan T20 disambung.

GST dimansuhkan tetapi SST yang mudah disalah guna dilaksanakan semula tanpa sebarang petunjuk bagaimana peraturan akan dikuatkuasakan ke atas individu yang melarikan diri dari cukai atau tidak mematuhi arahan pembayaran, selain rayuan Kementerian Kewangan untuk semua pemilik perniagaan bersikap jujur dengan kutipan cukai itu.

Sementara itu cukai korporat sedang dikaji semula bagi menampung kekurangan hasil kutipan cukai lain.

Lawatan diplomatik ke Jepun tidak menghasilkan sebarang perjanjian perniagaan dan pinjaman mudah, lawatan diplomatik ke China juga tidak menghasilkan perjanjian perniagaan dan pinjaman mudah.

Lawatan ketua kerajaan dari Brunei dan Singapura berakhir tanpa perjanjian perniagaan dan projek bilateral.

Lawatan kerja ke Amerika Syarikat tidak menghasilkan perjanjian perniagaan tapi kita menerima jaminan bahawa rakyat Amerika akan melabur di Malaysia.

Kita sekarang berada dalam bulan kelima dari penggal 60 bulan. Kita sudah mencapai hampir 10 peratus penggal semasa sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dan kita masih tidak memiliki sebarang petunjuk mengenai perancangan kerajaan untuk mencapai pertengahan penggal pada bulan ke 30.

Anda perlu memiliki sasaran pencapaian untuk ditunjukkan dan dilaksanakan pada bulan ke30 sebelum Pilihan Raya Umum akan datang atau keputusan yang memberangsangkan bagi meyakinkan pengundi untuk terus memilih anda.

Malangnya setakat ini, masih tiada sebarang petunjuk berhubung pencapaian ke arah 30 bulan sedangkan kita sudah 1/6 menuju ke arah separuh penggal.

Pemangkin untuk menyuntik aset cair dan peluang perniagaan ke dalam pasaran adalah kerja-kerja prasarana awam namun semua itu ditangguhkan atau dibatalkan seperti LRT3, MRT3, HSR, ECRL, PBH.

Satu lagi lapangan ialah pembangunan perumahan rakyat dan perumahan mampu milik yang juga ditangguhkan sementara.

Bagaimana dengan sektor pertanian? Ia juta terjejas akibat penurunan mendadak permintaan dan perang perdagangan yang menjejaskan semua pasaran di rantau ini.

Penurunan ketara nilai Rupiah Indonesia memberikan manfaat besar kepada China untuk menimbangkan kemungkinan membeli minyak sawit dari Indonesia.

Bagaimana dengan sektor industri dan pengeluaran? Ketua kerajaan kita taksub dengan projek kereta nasional ketiga manakala negara yang lebih kecil dan mundur sudah bergerak habis-habisan ke arah industri berpendapatan tinggi seperti pembangunan aplikasi mudah alih dan banyak lagi.

Entah mengapa kita diberitahu bahawa jika kita tidak memiliki kereta nasional yang berjaya, kita akan menjadi negara miskin dan petani.

Jadi apakah yang akan berlaku untuk baki 55 bulan lagi?

Untuk kerajaan, ia adalah satu pengajaran termahal untuk mengingatkan mereka bahawa tersangat mudah untuk menjadi Pembangkang yang hanya tahu membuat bising dan mencaci maki namun sangat sukar sebenarnya mentadbir negara dan melaksanakan semua yang perlu.

Untuk rakyat, ia adalah peringatan untuk berhati-hati dalam meminta sesuatu kerana apabila anda hanya bermimpi, hasilnya juga sekadar satu angan-angan.

*Artikel tulisan Jae Senn dipetik dari Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.