PAS Mahu Mahkamah Singkir Anwar Di PD

PORT DICKSON –  PAS yang berpendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini berharap mahkamah akan mengisytiharkan calon yang meraih undi kedua terbanyak di Parlimen itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dan hilang kelayakan selepas itu.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mengulangi dakwaan Anwar tidak layak bertanding pada pilihan raya kecil Port Dickson kerana Agong hanya memberikan “pengampunan penuh” dan bukan “pengampunan bebas”.

“Kalau kita dapat undi kedua terbanyak, ada kemungkinan kita diisytiharkan pemenang,” katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Bagan Pinang.

Tambahnya,  PAS akan membuat petisyen jika mahkamah tidak menyingkirkan Anwar atas pertimbangan pengambunan YDPA itu.

“Saya yakin mahkamah akan singkir Anwar. Kalau mahkamah tak buat keputusan, kami akan buat petisyen,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Takiyuddin berkata “pengampunan penuh” tidak cukup untuk membatalkan larangan berpolitik 5 tahun ke atas Anwar, kerana pemimpin PKR itu masih perlu “pengampunan bebas” untuk membolehkan dia layak menjadi wakil rakyat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.