Label Artis GV Sendu, Netizen Kecam DS Vida

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) telah dikecam teruk oleh netuzen ekoran kenyataannya yang menyifatkan program realiti televisyen yang pernah ditajanya iaitu Gegar Vaganza bertujuan untuk membantu artis yang ‘sendu’. 

Ramai yang mempertimaikan tindakan Vida melabelkan artis sebegitu. 

“Ek eleh… apahal plak pertikai dan labelkan artis sendu… at least artis sendu tak menipu.. idea gegarvaganza ni adalah dari Michael Ang.

“DSV ni hanya mencari peluang nak promote barang-barang murahan dia tu. Bukan DSV yang wujudkan GV ni… pirah la dia ni,” ujar netizen yang menggunakan nama @zatycharyl.

Ada yang berang dengan kata-katanya itu lalu menggesa Vida memohon maaf daripada terus memutar belit isu rantai berlian palsu yang dihadiahkan kepada Aisyah. 

“Ubahlah dulu perangai kau vida varu ubah orang lain… Cakap belit-belit saja tak kesudahan,” kata haaaii2.

Sebelum ini, kontroversi antara DSV dan Aishah mula timbul setelah pemenang tempat pertama Gegar Vaganza 4 itu mendakwa usahawan berkenaan memberikan rantai palsu untuk hadiah sebagai juara.

Dalam pada itu, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook meminta supaya DSV menarik semula perkataan artis sendu pada artis-artis yang terlibat dalam GV Astro. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.