Katering Songlap Duit, Pengantin Rugi RM8,800

KUALA LUMPUR – Majlis resepsi perkahwinan sememangnya menjadi satu yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin.

Semua pasangan sudah tentu mengharapkan persediaan untuk majlis berjalan dengan lancar.

Namun pengguna Facebook mendakwa syarikat katering yang sepatutnya menyediakan makanan untuk majlis resepsinya dengan pasangan bagi meraikan hari bahagia bertindak menipu mereka.

Kata Athirah Ros ‘Mahligai Impian’ katering yang diupahnya untuk bertanggungjawab menyediakan makanan dan kanopi gagal berbuat demikian pada majlis mereka 6 Oktober lalu.

“A day to remember”
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun berat dugaan yg kami hadapi. Bila mana kami ditipu oleh caterer yg bernama MAHLIGAI IMPIAN. Sehari sebelum majlis kami baru sedar kami ditipu dan segala kos dan persiapan terpaksa dibuat semula sehari sebelum majlis.

Pihak MI berjanji untuk pasang khemah pada hari khamis (4/10/2018) untuk digunakan pada majlis resepsi kami (6/10/2018), tapi sampai ke hari jumaat (5/10/2018) tak muncul2 walaupun dah beratus kali kami cuba contact,”tulisnya.

Lebih menyedihkan premis katering itu menurutnya, telah kosong apabila dia cuba mencari setelah individu yang berurusan dengannya sebelum ini gagal dihubungi.

Menyedari wang mereka untuk membuat pembayaran sebanyak RM8,800 telah ‘disonglap’ katering itu, Athirah kemudian membuat laporan polis.

“Jumaat pagi kami cuba hubungi lagi untuk tanya pasal khemah dan makanan untuk hari sabtu tp gagal dan kami terus ke office MI di Kempas dan didapati office telah kosong dan guard disitu bagitau mereka telah keluar pada hari khamis malam.

“Allahu tuhan jela yg tau betapa sedihnya kami masa tu. Full payment telah dibuat dan kami telah pun buat police report berkenaan ni dan harap mereka diberikan hukuman yg setimpal.

“Apapun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, jiran tertangga, dan sahabat andai yg turun padang membantu menjayakan majlis kami. Disebabkan set makan damai takde, kami buat shellout. Syukur Alhamdulillah makanan pun sedap, cukup untuk tetamu dan semuanya berjalan lancar,” tambahnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.