Jenazah CEO Cradle Fund Dibawa Ke PPUM Selepas Digali Keluar

KUALA LUMPUR – Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan telah digali keluar dan dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) bagi membolehkan proses bedah siasat kedua mengenal pasti punca kematiannya.

Proses penggalian semula jenazah Nazrin bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sebentar tadi.

Jenazah akan dibedah siasat di pusat perubatan berkenaan petang ini, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Nor Azman Muhammad Yusof.

Pagi tadi, isteri Allahyarham Nazrin, Samirah Muzaffar gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki selepas mahkamah menolak permohonan Samirah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.