JAWI: SOP Penguatkuasa Boleh Dikaji

KUALA LUMPUR –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata tatacara operasi standard (SOP) penguatkuasaan undang-undang kesalahan syariah boleh ditambah baik jika wujud keperluan.

Pengarah Mohd Ajib Ismail berkata demikian selepas timbul kekecohan mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tentang pemeriksaan dan serbuan khalwat yang dilaporkan akhbar tempatan semalam.

Katanya SOP penguatkuasaan boleh dikaji semula untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan. 

“Sekiranya terdapat apa-apa kelompangan, maka SOP akan dinilai dan disemak semula dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan dan boleh dibuat penambahbaikan sekiranya perlu.

“Jawi terbuka untuk menerima idea, pandangan, cadangan dan teguran dari mana-mana pihak bagi membantu proses penambahbaikan dalam pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya JAWI pada masa kini fokus terhadap usaha pencegahan  supaya orang Islam tidak melakukan kesalahan yang dilarang undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“Tindakan undang-undang akan diambil sebagai langkah terakhir dengan tujuan mencegah kemungkaran dari terus berleluasa,” katanya.

Semalam, Mujahid mendakwa tajuk sebuah akhbar tempatan tentang penguatkuasaan undang-undang kesalahan khalwat tidak seperti yang dimaksudkan.

Selepas kenyataan Mujahid menjadi kontreversi dan menimbulkan pertikaian, beliau menafikannha dan berkata  berkata dia tidak pernah menyebut akan menghentikan pemeriksaan dan serbuan khalwat. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.