Bursa Saham Malaysia Dibuka Lebih Rendah

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada pembukaan hari ini, sejajar prestasi lemah di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.49 mata kepada 1,771.66 daripada 1,777.15 yang dicatatkan pada Jumaat, selepas dibuka 3.64 mata lebih rendah pada 1,773.51.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 185 berbanding 68, manakala 154 kaunter tidak berubah, 1,467 tidak diniagakan dan 17 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 129.966 juta unit bernilai RM69.78 juta.

JF Apex Securities berkata FBM KLCI dijangka menguji paras sokongan pada 1.770 mata hari ini berikutan prestasi menurun di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Jumaat lepas.

“Pasaran Amerika Syarikat susut pada Jumaat selepas data pekerjaan menaikkan pulangan perbendaharaan negara itu ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun. Saham Eropah turut merosot mendadak berikutan prestasi data pekerjaan AS itu,” katanya dalam nota hari ini.

Bagi saham berwajaran tinggi, Public Bank meningkat dua sen kepada RM25, IHH Healthcare menambah 10 sen kepada RM5.20, Hong Leong Bank kekal pada RM20.60, Maybank turun tiga sen kepada RM9.63, TNB turun enam sen kepada RM15.38 , Petronas Chemicals susut 12 sen kepada RM9.27 manakala CIMB merosot empat sen kepada RM6.

Bagi saham aktif, Borneo Oil dan Orion IXL masing-masing meningkat setengah sen kepada enam sen dan 11 sen, NOVA MSC dan Vivocom tidak berubah pada 17.5 sen dan 2.5 sen manakala Sapura Energy turun satu sen kepada 38 sen dan Gamuda susut 70 sen kepada RM2.51.

Indeks FBM Ace merosot 9.17 mata kepada 5,220.89, FBM 70 turun 185.66 mata kepada 14,493.46 manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 97.75 mata kepada 12,414.07.

Indeks FBM Emas merosot 64.63 mata kepada 12,343.0 manakala Indeks FBMT 100 turun 65.43 mata kepada 12,149.2.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 27.87 mata kepada 17,684.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan susut 1.26 mata kepada 175.74, manakala Indeks Perladangan naik 11.73 mata kepada 7,494.16. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.