Anwar Bimbang, Rayu Pengundi PD Tunai Tanggungjawab

PORT DICKSON – Calon PKR di Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar pengundi di Parlimen itu menunaikan tanggungjawab pada 13 Oktober nanti. 

Beliau bimbang dengan keselesaan dan keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan kali ini. 

“Saya mahu merayu di sini agar beritahu ahli keluarga yang di luar untuk balik mengundi. Saya minta tolong sebab kalau saya jadi ahli Parlimen Port Dickson, saya akan usahakan untuk tolong Port Dickson bangkit semula.

“Tapi sebelum itu, saya minta kawan-kawan keluar mengundi…panggil anak-anak dan keluarga yang berada di luar kerana terlalu ramai kawan-kawan kita yang berada di luar,” katanya di majlis makan malam malam tadi. 

Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu seperti mendiang bekas Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tidak harus dilupakan.

Kerusi Parlimen itu sengaja dikosongkan oleh penyandangnya sebelum ini Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding. 

PRK Port Dickson bakal menyaksikan tujuh pertembungan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.