Ahmad Zahid Minta Penyokong Tidak Buat Perhimpunan Di SPRM Rabu Ini

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta tiada sebarang perhimpunan dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10 pagi Rabu ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dia akan hadir untuk memberi keterangan dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada Rabu pagi nanti di hadapan Ibu Pejabat SPRM.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya menerusi laman sosial Twitter yang disiarkan hari ini.

Ahmad Zahid menyatakan perkara tersebut dalam laman Twitternya hari ini.

Justeru itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang sebelum ini menyeru para ahli dan pemimpin UMNO untuk menyertai perhimpunan tersebut turut membatalkan Perhimpunan #Solidariti4ZahidHamidi.

“Atas permintaan Ahmad Zahid Hamidi, perhimpunan #Solidariti4ZahidHamidi di hadapan Ibu Pejabat SPRM pukul 9.30 pagi dan 9 malam 10 ini adalah dibatalkan sehingga proses pendakwaan dilakukan.

“Tiada sebarang perhimpunan berkaitan #Solidariti4ZahidHamidi sehingga saya maklum kelak,” jelasnya menerusi sebaran kepada media hari ini.

Lokman merupakan Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah disoal berkaitan penggunaan dana organisasi kebajikan Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau.

Dalam pertemuan lain, Zahid disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak. – Kosmo!

One thought on “Ahmad Zahid Minta Penyokong Tidak Buat Perhimpunan Di SPRM Rabu Ini

  • October 8, 2018 at 9:50 pm
    Permalink

    buatlah kalau berani?? heran sgt ker? usah cabar undang2 ..ngong?? samsing sgt ker?? cekup sumbat penjara jer bgs nak demo ya.ya poorah!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.