Lelaki Mati Dipercayai Ditikam

Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas ditikam dengan senjata tajam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 4.20 petang itu R Ananth ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah oleh salah seorang anggota keluarganya.

Kata Mohd Zaini, keluarga Ananth membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum dia disahkan meninggal dunia pada 5.15 petang.

“Sejurus tiba di hospital mangsa menerima rawatan di zon merah sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman senjata tajam di badan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

 

Susulan itu, polis sedang memburu anak saudara mangsa yang melarikan diri sejurus kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.- Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.