Khidmat Kaunseling dan Psikologi bantu Kurangkan Masalah Sosial

PETALING JAYA – Khidmat kaunseling dan psikologi diperlukan di kawasan yang mempunyai  mempunyai masalah sosial yang tinggi.

Menurut Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Tuan Mohammad Hanafi Maulud, program seperti ini dapat mendidik komuniti serta memberi pendidikan kepada mereka.

“Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk perkhidmatan kaunseling dan psikologi dan program ini merupakan medium pendidikan kepada komuniti supaya dapat membantu masyarakat.

“”Penubuhan pusat ini mengambil kira kawasan yang mempunyai masalah sosial yang tinggi dan penubuhan pusat ini dapat mendekatkan ia kepada rakyat.

“Justeru itu, saya merayu kepada masyarakat agar mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya melalui masalah-masalah tersebut agar dapat menangani masalah yang dihadapi,”katanya ketika merasmikan Pr1sma @Komuniti bersempena Bulan Kaunseling Kebangsaan 2017 yang berlangsung di PPR Lembah Subang.

Beliau juga turut menegaskan bahawa masalah psikologi yang mendorong berlakunya masalah sosial ini berlandaskan beberapa faktor pendorong.

“Antara faktor masalah psikologi berlaku adalah faktor kewangan, tiada pekerja, stress pekerjaan, masalah keluarga dan penggunaan dadah serta faktor persekitaran,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata program seperti ini nyata dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari aspek psikologi.

Inisiatif yang di laksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakan (JKM) ini penting dalam memastikan masyarakat dapat diajaga.

“Program Pr1sma @ komuniti merupakan satu pendekatan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Ini merupakan antara salah satu daripada inisiatif JKM sebagai memberikan khidmat kaunseling dan psikologi dalam komuniti dalam memastikan masyarakat dapat dijaga,” ujarnya.

Justeru, satu Pusat Jagaan Psikologi atau Psychology care center (PCC) ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan kaunseling kepada komuniti.

Terdahulu, Program @ Komuniti yang berlangsung tadi telah dianjurkan bersama Bhagian Komuniti JKMNS dan KRT Blok D dan Blok E, PPR Lembah Subang dan mengangkat tema ‘Kaunseling dekat di hati’

Program yang berlangsung sejak pukul 9 pagi itu melaksanakan beberapa aktiviti seperti Senamrobik, Pertandingan ‘Family Explorace’ dan ceramah ‘Parenting Skill Menggunakan NLP’.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.