Kereta Rempuh Pejalan Kaki Di London

LONDON – Beberapa orang telah cedera selepas sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki berhampiran Muzium Sejarah Semula Jadi di London, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan dipercayai menaiki tebing jalan lalu merempuh beberapa pejalan kaki di situ, lapor Awani.

Polis London bagaimanapun memaklumkan, suspek telah pun berjaya ditangkap di lokasi kejadian.

Pihak polis juga menyifatkan kejadian itu di kawasan South Kensington itu sebagai perlanggaran dan tiada unsur keganasan.

Motif kejadian itu juga sedang disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.