Jantina Anak Jadi Kejutan – Ungku Hariz

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri, Ungku Hariz dan Jihan Muse mengambil keputusan untuk tidak mengambil tahu jantina anak sebagai satu kejutan buat mereka dan ahli keluarga.

Menurut Ungku Hariz, usia kandungan anak sulung itu sudah lima bulan dan mereka sendiri sudah banyak kali melakukan imbasan perut.

“Sudah banyak kali kami lakukan imbasan tetapi memang kami ambil keputusan untuk tidak mahu tahu jantina anak. Biar jadi kejutan.

“Apa yang penting, saya berdoa supaya anak sulung kami sihat, sempurna, cukup sifatnya dan saya dan Jihan cukup diberi kesihatan yang baik,” katanya kepada Utusan Online.

Terdahulu, pelakon dan pelawak, Jihan Muse mengumumkan dirinya hamil selepas setahun melangsungkan perkahwinan.

Ditanya mengenai persediaannya untuk bergelar seorang bapa, jelas Ungku, perasaannya kini bercampur baur.

“Saya rasa gementar, takut, gembira memang bercampur baur. Tapi saya banyak bertanya kepada orang tua dan rakan-rakan mengenai persediaan menjadi seorang bapa,” jelasnya.

Persediaan untuk anak pula jelas Ungku buat masa ini dia belum membeli apa-apa kerana menunggu isterinya yang kini sedang menjalani penggambaran di Jepun.

Menurut Ungku, ramai yang memberitahu dia sudah boleh melakukan persiapan yang patut anak tetapi dia mahu menunggu Jihan selesai kerja dahulu barulah mereka berbincang apa yang patut. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.