Dahan Patah Ragut 2 Nyawa

KUALA NERUS – Seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan seorang pemandu van maut selepas kenderaan yang mereka naiki dihempap dahan pokok jenis tunjuk langit yang patah dalam kejadian di Jalan Mengabang Lekar, Batu Rakit di sini semalam, lapor Kosmo.

Muhammad Zulfahmi Abd. Halim, 17, yang merupakan pelajar tingkatan lima SBPI Batu Rakit dan pemandu van, Mohd. Amin Ibrahim, 36, di­sahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Kosmo! Ahad difahamkan kepala kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut.

Seorang lagi pelajar tingkatan lima dan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini, Muhammad Zul Afkar Fauzi turut cedera dalam insiden itu dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.