8 Rumah Kedai Hangus Dijilat Api

SEBERANG PERAI – Sebanyak lapan buah rumah kedai lama hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Bagan Luar, Butterworth.

Difahamkan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10.55 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan, lapor Kosmo.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seramai 17 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth serta BBP Perai dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sehingga tengah hari tadi, pihak bomba masih menjalankan operasi memadamkan api di premis yang tidak berpenghuni terbabit selepas api berjaya dikawal pada pukul 11.30 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.