4 Maut, 6 Cedera Nahas Di Lebuh Raya KL-Seremban

KUALA LUMPUR – Empat maut manakala enam lagi cedera dalam dua kemalangan yang berlaku selang sembilan minit di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat sini awal pagi tadi, dipercayai akibat merempit.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam nahas pertama kira-kira 2.20 pagi di Kilometer (KM) 302 ke arah ibu negara, dua penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan mereka maut di tempat kejadian, lapor Bernama.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang penunggang motosikal itu menghimpit sebuah lagi motosikal dari arah kiri, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa yang kedua-duanya lelaki berusia 16 dan 26 tahun itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Ahmad Dzaffir berkata, nahas kedua berlaku pada 2.29 pagi di KM 301.5 menghala ibu negara, melibatkan tujuh motosikal dan sebuah kereta yang meragut dua nyawa penunggang dan mencederakan enam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.