Tengku Amir Shah Dimasyhurkan Sebagai Raja Muda Selangor

KLANG – Tengku Amir Shah telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli, di Istana Alam Shah, di sini, pagi tadi.

 

Dalam istiadat tersebut, Tengku Amir Shah turut dikurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 

Terdahulu, Tengku Amir Shah telah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Selangor dan menandatangani Lafaz Akuan Sumpah Gelaran.

 

Tengku Amir Shah kemudiannya berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama tujuh hari, mengikut amalan istiadat yang ditetapkan.

 

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengiringi baginda dalam istiadat tersebut.

 

Keberangkatan keluar baginda Sultan dan Tengku Permaisuri turut diiringi dengan sembilan das tembakan meriam sebagai simbol pengumuman kepada sembilan daerah negeri Selangor. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.