Loji Rawatan Air Langat Pula Ditutup

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA)Langat ditutup pada pukul 8:30 malam tadi akibat pencemaran bau daripada Sungai Semantan kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah.

 
Beliau berkata, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sebahagian daerah Petaling serta Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air.

 
“Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

 
“Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan kami, pengguna dinasihati memuat turun aplikasi telefon pintar “mySyabas” atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila hantar alamat premis ke SMS 15300, jika perlu bantuan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.