Aziz M Osman Terkena Tempias Azizan Osman?

Pengarah filem Aziz M Osman turut terkena tempias gara-gara mempunyai nama yang hampir sama dengan penceramah motivasi terkenal, Azizan Osman.

 

Aziz, 53, berkata, beliau tidak berkecil hati dan menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata biarpun dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak, petik MStar.

 

 

“Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu,” katanya.

 

 

Malah, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati ramai.

 

 

“Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini,” ujarnya.

 

 

Terdahulu, nama pengarah filem XX Ray ini dijadikan bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman berhubung penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua universiti lain yang digunakannya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.