Video: Pecat Chegubard Dari PKR – AMK Selangor

Petaling Jaya – Lembaga Disiplin PKR digesa memecat ahli parti seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana melemparkan dakwaan palsu dan fitnah ke atas kepimpinan parti itu secara terbuka.

 

Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, kenyataan yang dibuat Chegubard merupakan suatu perbuatan yang tidak beretika dan bermoral sebagai anggota parti itu.

 

 

“Kami sesekali tidak akan berkrompomi terhadap sebarang anasir yang mahu memecahbelahkan perpaduan dan keharomonian kaum.

 

“Kami juga memohon agar Lembaga Disiplin Parti untuk turut menyiasat kemungkinan bahawa beliau dibiayai oleh pihak-pihak tertentu di dalam parti bagi memecahbelahkan belahkan perpaduan parti,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

 

Terdahulu beliau menghantar laporan dan aduan disiplin salah laku Chegubard kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab kira-kira jam 11.15 pagi.

 

Zainol menambah, sekiranya wujud unsur bahawa Chegubard dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, pihak yang bersekongkol dengan perilaku jahat itu perlu turut diambil tindakan tegas oleh Lembaga Disiplin demi maruah dan keharmonian parti.

 

“AMK Selangor mendukung penuh prinsip demokrasi termasuk amalan menegur dan mengkritik kepimpinan parti.

 

“Namun kami menegaskan bahawa sebarang kritikan dan teguran hendaklah dilakukan secara beradab dan mengikut tatatertib yang ditetapkan oleh perlembagaan parti,” ujarnya.

 

Sehubungan dengan itu, beliau mahu Lembaga Disiplin melakukan siasatan secara telus berkenaan laporan dan aduan yang dibuat oleh pihaknya.

 

Sebelum ini, Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

 

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

 

Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.