Video: MB Terengganu Bidas Dakwaan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membidas mantan perdana menteri Tun Mahathir, berkaitan tuduhan terhadap Perdana Menteri bahawa negara kini menghadapi krisis ekonomi yang sangat teruk.

 

Beliau berkata, perkara itu merupakan serangan peribadi sedangkan negara tidak menghadapi krisis ekonomi yang teruk memandangkan ekonomi negara tidak teruk jika dibandingkan dengan negara lain yang membangun.

 

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Jika nak kata Malaysia menghadapi krisis ekonomi, banyak lagi negara lain yang menghadapi krisis tersebut.

 

“Jadi tak bolehlah kerana masalah peribadi, mengatakan bermacam-macam tuduhan berkaitan perkara ini,”katanya.

 

Terdahulu, beliau turut menyelar kenyataan Tun Mahathir tentang tuduhan-tuduhan lain yang dibuat, sama sekali tidak benar.

 

“Kita diberitahu bahawa Perdana Menteri akan ditangkap di Amerika, namun kita melihat sebaliknya PM kita dilayan begitu baik sekali.

 

“Masalah ini banyak yang dah menjadi persepsi. Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya dipercayai merujuk kepada dakwaan Tun Mahathir sebelum ini yang membuat spekulasi Najib akan ditangkap jika berada di luar negara berikutan isu 1MDB.

 

“Masalah ini banyak yang dah menjadi persepsi. Ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kita. Jadi sekarang, kita kena ‘move on’ bersama-sama solidariti melihat kepada peluang,” katanya.

 

Sementara itu beliau turut mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Najib atas segala usaha yang dilakukan untuk memimpin negara pada hari ini.

 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif memberitahu Terengganu akan mempertingkatkan sektor pertanian dalam usaha menjadikan aktiviti itu sebagai sumber pendapatan baharu negeri berkenaan selain minyak.

 

Katanya, lebih banyak tanah akan dibuka dan dimajukan dengan aktiviti pertanian melibatkan penduduk khususnya golongan belia termasuk lepasan ijazah yang masih menganggur, sebagai usahawan tani. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.