Video: Lelaki Cina Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Anjing

Kuala Lumpur – Seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dihina dengan gelaran anjing kerana bertindak mengunci tayar kenderaan milik seorang lelaki dalam satu kejadian baru-baru ini.

 

Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya.

 

Melalui rakaman yang dihantar kepada SuaraTV, lelaki berketurunan Cina itu kelihatan marah dengan tindakan tersebut.

 

 

Dia bersama seorang lelaki lain dilihat cuba membuka tayar kenderaan tersebut sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

 

“Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…” jeritnya berulang kali.

 

Rakan setugas anggota penguatkuasa itu kemudiannya berkata kunci kenderaan tersebut tidak boleh dibuka kerana menurut peraturan yang telah ditetapkan mereka yang melanggar peraturan itu perlu membayar denda kompaun terlebih dahulu.

 

“Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.

 

“Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma” ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lagi anggota penguatkuasa yang sedang merakam insiden tersebut.

 

Rakan lelaki itu kemudiannya mengeluarkan duit dan mencampaknya ke lantai sebagai tanda protes atas tindakan tersebut.

 

Namun ketika anggota penguatkuasa itu mengutip wang yang dicampak itu, rakan lelaki tersebut dengan nada sombong menjerit ‘cepat buka, anjing’.

 

Manakala orang ramai yang berada di tempat kejadian mengecam tindakan biadap lelaki yang mencampak duit itu.

 

“Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita” ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. – SuaraTV

5 thoughts on “Video: Lelaki Cina Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Anjing

  • October 8, 2015 at 9:47 am
    Permalink

    kalau aku pegawai penguatkuasa tu aku tak ambik duit yang dia campak. aku akan cakap balik kalau nak bayar, bayarlah betul-betul. saya bukan takde maruah nak kutip duit yang awak campak tu.

    Reply
  • October 8, 2015 at 4:18 pm
    Permalink

    The officer shld have issued him another ticket for loitering. Sure dia bengang dan bunuh diri.

    Reply
  • October 8, 2015 at 5:20 pm
    Permalink

    Penguatkuasa tu silap, ngapa kata kau bagi duit baru aku buka..katalah kau bayar kompaund baru…..bahasa tu biar betul…ayat boleh salahkan kita….

    Reply
  • April 25, 2016 at 8:45 am
    Permalink

    ahmad mohd salleh ni menyamar jadi melayu. lu cuba pikir la leng chai, video ni bkn tunjuk salah penguatkuasa, ini tunjuk biadabnya manusia. Lu tak payah tulis nama macam tu, tulis saja nama lu. Buat apa nak selindung.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.