Tony Pua, Rafizi Bertegang Leher Isu PAS

Kuala Lumpur – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan ‘bertegang leher’ dengan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengenai PAS dalam satu majlis bagi mengutip dana Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi.

 

Memetik laporan The Malaysian Insider, Tony dan Rafizi dilihat tidak sefahaman berikutan kenyataan Tony yang berkata “Jika bersama kita (Pakatan Harapan) sekali pun, belum tentu prestasi mereka baik,” yang merujuk kepada PAS.

 

Malah Tony juga berkata DAP tidak akan mempercayai PAS sekiranya parti itu bertindak menyertai menyertai Pakatan Harapan.

 

Rafizi dalam pada itu menegaskan PKR tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau ditentang hebat DAP.

 

Menurut Rafizi, pergeseran politik antara PAS-DAP akan merugikan gabungan pembangkang pada pilihanraya akan datang.

 

“Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak, kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.

 

“Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu mengemudi ruangan ini dan menjadi jambatan di antara mereka,” katanya Rafizi kepada Tony sewaktu sesi soal jawab semalam.

 

Dalam pada itu, Tony turut yakin Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) mampu untuk memenangi pilihanraya umum akan datang walapun tiada kerjasama daripada PAS.

 

“Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.

 

“PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri”, katanya.

 

Tony sebelum itu merujuk sumbangan kerajaan PAS di Kelantan dan kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan yang dianggap lambat menghulurkan bantuan.

 

Malah DAP katanya yang giat membantu dengan mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali sebagai Impian Kelantan.

 

Pua turut mengungkit tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim September tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.