Saya Bukan Mahu Jual Perempuan Di Melaka, Kata Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Seperti pulangkan paku buah keras. Begitu dilihat berlaku antara aktivis kontroversi Mohd Ali Baharom dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang menolak hasrat Ali mengadakan perhimpunan anti “samseng Cina’ di negeri itu.

 

Walaupun membatalkan acara di Taman Melaka Raya Sabtu ini, pesara tentera yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju itu membangkitkan isu lain berkaitan hiburan di negeri pelancongan itu.

 

“Saya nasihat Idris Haron turun padang tengok disko-disko di Melaka yang beroperasi hingga 6 pagi. Lebih baik perkara itu diselesaikan dari tuduh saya bukan-bukan.

 

“Saya Whatsapp kes laporan polis, kes pukul imigresen, saya buat sidang media saya hantar laporan kepada dia, dia baca tapi tiada jawapan,” katanya.

 

Beliau juga berkata Idris tidak patut menyerangnya kerana “mempertahankan pegawai imigresen” di negeri itu.

 

“Bukan saya datang buat kecoh, jual dadah jual perempuan, jual rahsia kerajaan negeri jual tanah negeri,” katanya.

 

 

Ali, presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hari ini membatalkan cadangan mengadakan himpunan itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

 

Pembatalan itu juga dibuat bagi menghormati majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh gabenor Melaka, pada hari sama.

 

Protes itu dirancang beliau selepas mendakwa tiga penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Kastam dikasari “samseng Cina” pada 30 September lalu.

 

Ali juga memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu walaupun menegaskan ia bukan kekecohan.

 

The Star hari ini melaporkan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron tidak mengalu-alukan idea yang boleh “memusnahkan sejarah panjang kesatuan kaum” di negeri itu. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.