Penyokong Anggap Tun Mahathir Sebagai Imam Mahadi

Kuala Lumpur – Salah seorang penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai Imam Mahadi.

 

Asyraf Isma menerusi akaun laman sosial Facebooknya berkata nama Mahathir apabila disebut secara slang mat saleh akan berbunyi ‘Mahadi’.

 

“Mahathir!!! Bila disebut berulangkali bunyinya seolah-olah ‘Mahadi’….atau slangga (slang) yang diungkap golongan barat

 

“Tak percaya? Cuba tengok berita sebutan mat salleh dalam youtube…apakah ini sebuah kebetulan???,” tulisnya.

 

Asyraf melalui status yang dimuat naik itu turut menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai pemimpin (imam) bagi keseluruhan umat Islam kerana berjaya menyebabkan regim Yahudi takut dengan kenyataan beliau.

 

“Ingat beliau adalah pemimpin (imam) atau dalam bahasa arabnya khalifah.

 

“Banyak sumbangan dan jasanya kepada dunia Islam. Sehinggakan yahudi amat takut dengan ungkapan dan ucapannya,” katanya lagi.

 

Sementara itu, seorang dari pengguna facebook yang bernama Dura Zaman turut menyokong pandangan tersebut berdasarkan sumbangan beliau terhadap dunia Islam.

 

Menurut Dura sekiranya Mahathir bukan imam Mahadi yang disebut di dalam al-Quran, beliau mungkin merupakan pembantu kepada imam besar bagi masyarakat Islam.

 

“Imam Mahadi akan menyebarkan keamanan ke seluruh dunia nanti. Tun Dr Mahathir sudah lama menubuhkan Perdana Global Peace Foundation,”katanya.

 

Status yang dimuat naik sejak malam semalam menerima 15 like dan 3 komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.