Mayat Kedua Kanak-Kanak Orang Asli Ditemui

GUA MUSANG – Satu lagi rangka mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi ditemui jam 5.30 petang tadi.

 

Rangka mayat itu ditemui di tebing Sungai Periah, 800 meter dari penemuan mayat Sasa Sobrie, 8 (gambar atas), yang dijumpai penduduk kampung petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mayat berkenaan  ditemui oleh pasukan operasi penyelamat dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk pengecaman identiti.

 

“Bedah siasat akan dibuat untuk mengenalpasti identiti dan punca kematian,” katanya.

 

Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut di celah batu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kanak-kanak itu adalah salah seorang tujuh mangsa yang hilang sejak sebulan yang lalu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.