Kerana IPhone, Ibu OKU Melutut Minta Maaf Depan Anak

Kuala Lumpur – Sekeping gambar menunjukkan seorang ibu orang kurang upaya (OKU) melutut sambil memohon maaf di hadapan anak perempuannya berumur 15 tahun gara-gara tidak mampu membelikannya iPhone menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.

 

Memetik laporan Trending News Portal, budak perempuan tersebut didakwa memarahi serta memalukannya ibunya di depan khalayak ramai tanpa menunjukkan belas kasihan.

 

Difahamkan, ibu itu cuba meminta maaf kepada anak perempuannya tetapi tidak dilayan.

 

Gambar tersebut yang disebarkan di media sosial telah menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata pengguna melahirkan perasaan marah terhadap budak perempuan yang tidak mengenal erti kesederhanaan.

 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara asing.

 

Terdahulu, seorang remaja lelaki berasal dari selatan China dilaporkan sanggup menjual buah pinggangnya kerana mahu memiliki iPhone dan iPad.

 

Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang menganggur juga dilaporkan ‘melelongkan’ bayi yang baru lahir gara-gara mahu membeli iPhone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.