Anthony Loke ‘Manusia Babi’ – Jamal Yunus

AMPANG – Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu , Datuk Jamal Md Yunos menyifatkan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sebagai biadap.

 

Kenyataan Jamal itu merujuk kepada penyebaran sebuah video menerusi akaun youtube milik Darul Ehsan Today bertajuk ‘Cilaka Punya Melayu – Anthony Loke’.

 

“Saya sendiri mendengar dan melihat video tersebut, sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak boleh mengeluarkan perkataan yang sedemikian.

 

“Inilah manusia babi ni, memang dia boleh nafikan, pembangkang ini apa sahaja yang mereka buat mereka akan nafikan.

 

“Kita tidak minta beliau meminta maaf, beliau tidak akan minta maaf, kalau dia mohon maaf sekali pun, dia dah kata ‘melayu cilaka’, kita akan ajar dia supaya mulut dia ni jadi babi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

 

Jamal turut memberitahu pihaknya akan turut membuat laporan polis terhadap Anthony.

 

Sementara itu, Anthony menafikan dan mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah dengan dituduh memekik perkataan “celaka Melayu” semasa ditahan polis semalam.

 

Sebaliknya, katanya, beliau hanya mencelakakan pemilik tanah yang mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban, tidak kira bangsa, termasuk Melayu.

 

Loke, anggota Dewan Undangan Negeri (Temiah) Ng Chin Tsai dan 13 lagi individu ditahan polis semalam kerana membantah pengusiran Kampung Ulu Temiang. – RakyatNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.