13 Maut Majlis Kahwin Dibedil Di Yaman

Sanaa – Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 38 lagi cedera apabila satu majlis perkahwinan di sebuah pekan dikuasai pemberontak Yaman dibedil dalam serangan udara, demikian menurut sumber.

 

Serangan bom udara itu disasarkan terhadap sebuah majlis keraian perkahwinan di Sanban, Wilayah Dhamar, kira-kira 100 kilometer di selatan Sanaa.

 

Anggota perubatan dan saksi bagaimanapun tidak menyebut pihak yang melakukan serangan udara itu namun dipercayai tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi yang sejak Mac lalu melancarkan kempen serangan udara bagi mengekang sokongan terhadap pemberontak Syiah Huthi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.