UMNO Kangar Nafi Anjur Korban Perdana Bersama Ketua Wanita

Kangar – Umno bahagian Kangar atau sayap-sayapnya tidak pernah menganjurkan Korban Perdana bersama Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Katanya program tersebut tersebar secara meluas melalui kumpulan-kumpulan Whatsapp selain dihebah melalui kain rentang kononnya majlis Korban Perdana itu diadakan semalam adalah tidak benar sama sekali.

“Ini satu fitnah dan pembohongan oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan mencemar nama baik Umno bahagian Kangar dan Ketua Wanita Umno Malaysia.

“Umno Kangar mengutuk sekeras-kerasnya pembohonangan dan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui saluran media sosial,” kata Azlan dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau yang juga Ketua Umno Kangar berkata fitnah sama pernah dilakukan terhadap Umno bahagian itu pada 2012.

Sehubungan itu Azlan merayu rakyat agar tidak terpengaruh dengan pembohongan dan fitnah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.