Stacy Harap Dapat Rampas Kembali Ranking Dunia

Kuala Lumpur – Pemain golf wanita nombor satu dunia, Stacy Lewis berharap dapat mempamerkan kehebatan sebenarnya pada kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia yang bermula, Khamis ini.

Pemain Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu merampas semula ranking teratas dunia pada Jun tahun ini selepas dinobatkan juara ShopRite LPGA Classic.

“Saya akan cuba mengulanginya di sini. Ia tidak begitu menjadi beberapa minggu lalu. Saya bekerja keras sepanjang minggu ini,” kata Stacy dalam sidang akhbar di venue kejohanan itu, Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Ahad lalu, dia berpeluang menjuarai Reignwood LPGA Classic di Beijing selepas berkongsi kedudukan teratas dengan Caroline Hedwall pada pusingan ketiga, namun nasib tidak menyebelahinya apabila hanya mampu mencatat dua atas par 75 pada pusingan akhir.

“Saya harap dapat melakukan yang terbaik di sini. Saya amat suka bermain di padang ini (East Course KLGCC) dan berharap dapat bermain dengan baik sepanjang minggu ini,” kata Stacy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.