Mayat Berbalut Selimut Ditemui Dalam Sawah

Jitra – Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dengan kesan cekik pada lehernya di Kampung Permatang Kong, Ayer Hitam dekat sini semalam.

Mayat yang dibalut dengan selimut dan kepala dengan baju T ditemui kira-kira pukul 5 petang di kawasan sawah padi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata leher mangsa dipercayai patah akibat dicekik dan dipulas.

“Mangsa kemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum diletak di kawasan tersebut,” katanya.

Identiti mangsa belum dikenal pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.