Emma Pakai Purdah Bukan Mahu Mengelak Dari Peminat

Kuala Lumpur – Laporan sebuah portal berita hari ini menyebut, pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

Sebaliknya kata kekasih kepada pelawak Zizan Razak ini, dia berimej sedemikian hanyalah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.

“Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.

“Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian,” katanya.

Baru-baru ini, Emma dilihat tampil dengan imej berpurdah di khalayak. Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di laman Instagram miliknya.

Tambah Emma, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

“Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah.

“Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana,” tuturnya.

Pelakon Astana Cinta Aleesa ini juga berkata, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

“Terkejut juga peminat datang menyapa ‘Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?’. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.