Bajet 2015 : Celcom Harap Sediakan Program Pertumbuhan Data Dan Internet

Kuala Lumpur – Celcom Axiata Bhd harap Bajet 2015 akan menyediakan program yang lebih mendalam terutama bagi pertumbuhan data dan internet untuk kebaikan serta faedah pengguna dan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shazalli Ramly, berkata Celcom mahu membina rangkaian yang lebih besar kerana permintaan pengguna untuk kualiti rangkaian internet lebih daripada yang ada sekarang.

Beliau berkata prasarana berkenaan perlu dipercepatkan agar dapat membolehkan syarikat seperti Celcom, membina rangkaian internet data itu secepat mungkin.

“Untuk itu, banyak inisiatif yang boleh diperkenalkan terutamanya kelulusan permit dan sebagainya untuk membolehkan perkembangan data ini dibuat dengan lebih cepat daripada tahap sekarang,” kata selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan video kemerdekaan di sini hari ini.

Shazalli berkata mempercepatkan proses memerlukan permit diluluskan lebih cepat dan walaupun ini mungkin tidak dimasukkan dalam bajet, ia boleh mempengaruhi bajet.

“Kami mengalu-alukan insentif yang akan membolehkan pelancaran atau pengembangan rangkaian internet yang akan dibuat pada kadar yang lebih cepat,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.