PM hulur sumbangan, redakan beban Abdul Rahman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Abdul Rahman Amir Ruddin, anak sulung kepada enam beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan Jumaat lalu kekal kuat semangat menghadapi ujian Allah.

“Semalam Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi mengunjungi adik Rahman yang baru kehilangan seluruh ahli keluarganya tatkala terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat yang lepas.

“Lebih malang adiknya Abdullah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Segamat, Johor,” kata Perdana Menteri.

Menurut Anwar, Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak beliau bagi mereda ujian dan beban yang ditanggung Rahman.

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan buat Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujianNya. Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa di sisiNya.

Terdahulu, kemalangan berkenaan telah mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat