“Tolong Pulangkan Semula Barang, Saya Akan Bayar Awak” – Aiman Tino

PENYANYI Aiman Tino mengalami kerugian RM8,000 selepas cermin kereta Produa Myvi miliknya dipecah penjenayah ditempat letak kereta di Subang Jaya malam Jumaat.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri , 21, berkata kejadian itu berlaku ketika dia sedang makan bersama pembantu peribadinya di sebuah kedai makan di kawasan itu.

Cermin kereta bahagian belakang itu dipercayai dipecah dan ditanggalkan sebelum suspek melarikan laptop, kamera SLR, gopro dan beg yang menyimpan kad pengenalan serta passport milik penyanyi itu.

“Sekarang ini saya dah reda dengan kerugian hampir RM8,000. Penjenayah itu ambil laptop, gopro yang saya baru sahaja beli, kamera jenis Canon SLR dan beg.

“Dalam beg itu pula, ada kad pengenalan dan passport saya juga. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Bob sedang makan di sebuah kedai Subang Jaya,” kata Aiman kepada mStar.

Sebelum ini, Aiman memuat naik status di laman sosial merayu individu tersebut memulangkan semula barang-barangnya dan berjanji akan merahsiakan identiti penjenayah itu.

“Assalammulaikum, kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ini, tolong! Bagi barang-barang saya tu pada saya.

“Saya perlukan. Saya akan bayar awak. Tolong DM saya secara peribadi. Saya akan jaga aib awak. Saya janji. Tolong,” tulis Aiman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini mengakui kejadian itu juga disebabkan sikap cuainya yang meninggalkan barang-barang berharga dalam kereta ketika parkir di tempat awam.

“Sebenarnya saya tak terfikir pun apa-apa akan berlaku sebab nak berhenti makan sekejap sahaja sebab itu saya hanya bawa duit dan tinggalkan barang-barang dalam kereta.

“Saya pula baru sahaja pulang dari Singapura naik cruise. Semua barang-barang itu digunakan untuk merakam segala aktiviti saya di sana dan nak dimuat naik menerusi saluran Youtube saya.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Kg Melayu Subang untuk tindakan selanjutnya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.