Sasaran 70 Peratus Gagal Dicapai, Hanya 44 Peratus Keluar Mengundi PRK Seri Setia

PETALING JAYA – Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia hanya mencatatkan 44 peratus selepas kesemua 16 pusat pengundian ditutup jam 5.30 petang tadi.

Peratusan itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini.

Suruhanjaya itu sebelum ini mensasarkan lebih 70 peratus orang akan keluar mengundi pada PRK Seri Setia.

Pada masa sama, Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood dalam sidang media sebelum ini juga menjangkakan peratusan keluar mengundi di DUN Seri Setia lebih tinggi daripada PRK Sungai Kandis yang mencatatkan 49.4 peratus. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.