Presiden UIAM: ‘Petik’ nama Anwar dan Najib sebagai alasan adalah dangkal

SHAH ALAM – Demi menghentikan isu pelantikan Menteri Pendidikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bekas timbalan rektor hal ehwal pelajar (HEP) memberi hujah untuk menegakkan tindakan tersebut.

Dipetik sebagai berkata dari MalaysiaKini bahawa Profesor Datuk Dr Mizan Hitam menyifatkan Dr Maszlee Malik tidak mempunyai konflik.

Tambahnya ini kerana Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga pernah dilantik ke jawatan itu ketika menyandang mengetuai Kementerian Pendidikan.

Walaubagaimanapun hujah itu kemudian dibidas oleh bekas Setiausaha Sulit seorang ahli politik yang dikenali ramai, Faekah Husin.

Kata Faekah menggunakan hujah semasa pemerintahan parti lain, yang tidak pernah menjanjkan untuk membebaskan universiti daripada campur tangan politik merupakan alasan yang dangkal atau bodoh.

“Jawapan konon Anwar Ibrahim dulupun jadi Presiden IIUM maka tidak salah melantik YBM @maszlee sebagai Presiden adalah jawapan bodoh dan sangat dangkal.

“Dulu zaman BN bukan zaman Malaysia Baru. Patutlah @chedetofficial mengaku ramai menteri beliau tak tahu tugas mereka sebagai menteri. Sahih!!,” ujarnya menerusi Twitter.

Untuk rekod, Anwar menjawat jawatan Menteri Pendidikan 1986 hingga 1991 dan memegang jawatan presiden UIA selama sepuluh tahun iaitu dua tahun selepas itu sehingga hingga 1998.

Najib pula memegang mengetuai kementerian itu dari 1995 hingga 1999 dan dilantik sebagai presiden UIAM selama setahun sahaja (1998-1999).-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.