Musa Aman sedia ke SPRM kali kedua

SHAH ALAM – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersedia untuk sekali lagi memberi keterangan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Menurut peguamnya, Ridha Abdah Subri, kesudian itu dizahirkan anak guamnya setelah SPRM mendapati Musa Aman tidak dapat meneruskan siasatan.

“Tan Sri Musa mengulangi bahawa beliau sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan berharap sesi temubual dapat diteruskan secepat mungkin bagi membantu siasatan pihak SPRM,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu, Ridha berkata sesi memberikan keterangan terpaksa dihentikan kerana faktor kesihatan beliau.

“Tan Sri Musa telah hadir ke IJN untuk mendapatkan nasihat pakar kardiologi IJN. Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Tan Sri Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN,” tambahnya.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dipanggil ke ibu pejabat SPRM, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau yang diiringi peguamnya tiba pada 11.45 pagi semalam menaiki dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam serta perak, dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM berkenaan pada 2.10 petang semalam. –SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.