Munafik 2 filem Melayu paling ‘in’

SHAH ALAM – Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling pantas dengan kutipan RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan.

Syamsul Yusoff yang juga pengarah filem berkenaan menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikan sokongan menerusi menonton filemnya itu.

“Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Alhamdulillah dan terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini Munafik 2 mencipta rekod tersendiri apabila mencapai kutipan membanggakan untuk tayangan awal di pawagam pada 29 Ogos lalu.

Ia menjadikan filem tempatan yang menerima kutipan tertinggi untuk tayangan awal iaitu sebanyak RM2.05 juta.

Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

Filem terbitan Skop Productions dan President Productions ini menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.