Lelaki Tumbuk Cermin Kereta TPM Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan polis selepas menumbuk cermin kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Jalan Tun Razak, berhampiran Bangunan Intermark, di sini, petang kelmarin, diarah membayar denda berjumlah RM1,000.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff, berkata denda itu dibayar suspek selepas dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

“OKT (orang kena tuduh) sudah bayar denda RM1,000.

“Dia dituduh di kompleks mahkamah berkenaan, tidak direman,” katanya pada NSTP, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kereta yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan suspek.

Noor Azmi berkata, suspek yang juga pemandu van tidak berpuas hati kerana kenderaannya dilanggar sebelum bertindak menumbuk cermin hadapan kereta Timbalan Perdana Menteri. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.