Eksekutif Syarikat Maut Nahas

PUTRAJAYA: Seorang eksekutif syarikat swasta maut apabila tercampak keluar daripada keretanya yang terbabas di Jalan Persiaran Barat dari arah Cyberjaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, Muhammad Nizar Mansor @ Ujang, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Camry dipandu mangsa gagal dikawal sebelum terbabas.

“Kereta itu dikatakan berpusing beberapa kali lalu terbalik ke laluan kanan di lokasi terbabit.

“Kejadian menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh ke dalam longkang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini,

Rosly berkata, ketika kejadian, hujan lebat menyebabkan jalan basah dan licin.

“Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.