Bekas MB Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital Columbia Asia di sini sebentar tadi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Arwah seorang tokoh yang banyak jasanya dan saya berdoa semoga rohnya dirahmati Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.