Taufan Jose Dijangka Turut Membadai AS

MIAMI – Taufan Jose yang berada di Atlantik di timur Kepulauan Lesser Antilles, Caribbean kini meningkat kepada Kategori tiga dan berada dalam laluan Taufan Irma.

Menurut AFP, pusat Taufan Kebangsaan Amerika berkata taufan itu membawa kelajuan angin kira-kira 195 kilometer sejam, lapor RTM.

Kekuatannya dijangka terus meningkat dalam tempoh 24 hingga 36 jam akan datang dan mungkin mengancam tanah besar Amerika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.