Song Song Couple Pilih San Francisco Sesi Pra Perkahwinan

Pelakon drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo atau dikenali juga dengan Song Song couple dilaporkan memilih San Francisco sebagai lokasi untuk menjalani sesi penggambaran pra perkahwinan.

Menurut Allkpop, pasangan Song Joong Ki & Song Hye Kyo kini berada di bandar itu dan turut disertai rakan rapat serta jurugambar profesional, lapor Gempak.

“Mereka memilih bandar San Francisco untuk merakam gambar pra perkahwinan kerana tertarik dengan keunikan yang ada di sana,” kata sumber.

Malah pihak pengurusan kedua-dua mereka juga telah mengesahkan lawatan pasangan tersebut ke San Francisco.

“Mereka berdua kini berada di sana bukan atas urusan rasmi tetapi untuk urusan peribadi,” kata agensi.

Sebelum ini pasangan tersebut telah mengejutkan peminat apabila mengakui bakal berkahwin pada hujung Oktober depan.

Peminta mereka mula menggunakan hashtag #SongSongCouple di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.
 
#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama tersebut ditayangkan tahun lepas.
 
Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan serasi itu disatukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.