Nurulhidayah Bergambar, Kongsi Kegembiraan Bersama Madunya

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah telah berkongsi gambar dan kapsyen syukur bersama madunya, di laman Instagramnya (IG) baru-baru ini.

Menerusi kapsyennya di IG Nurul menulis dirinya sangat bertuah kerana kini merasai kemanisan berkongsi suami bersama madunya yang dikenali sebagai Cik Ana yang didakwa sangat baik hati, sanggup menerima dirinya, memahami dan ‘sekepala’.

Biarpun berkongsi kasih namun, dia amat bersyukur dengan apa yang dijalaninya selama hari ini sejak bermadu selama beberapa bulan yang lalu.

“…tak semua perempuan bernasib baik seperti kami. Ini adalah salah satu memori yg kami rakamkan selepas selesai acara akad nikah sy dan suami, yg pada mulanya utk simpanan peribadi kerana takut disalah mengertikan tentang perkongsian berpoligami.

“Alhamdulillah, sy dijodohkan dgn madu atau kakak yang ikhlas dan memahami dan kakak juga bersyukur akan jodohnya dengan sy yg ‘sekepala’ dgnnya. Percaturan Allah sangat hebat.!,”tulisnya.

Tambahnya, peranan suami dalam mendidik isteri amat besar, begitu juga pengalaman diri dan latar belakang keluarga.

“Tak sabar rasanya utk sy berkongsi perjalanan hidup sy yg mengubah persepsi dlm berkongsi kasih ini. Bila sy sendiri melayari bahtera rumahtangga ini bersama suami dan kakak, tak tercapai dek akal atau tidak pernah terlintas bahawa sy mampu membawa diri dan kasih sayang sejauh ini.

“Sedikit perkongsian yg sy tidak pernah dedahkan .. Perkara pertama atau ayat pertama yg keluar dari mulut sy bila pertama kali berjumpa kakak ..”Kak, maafkan Nurul sebab berkawan dgn suami akk” (walaupun ketika itu sy dan suami tidak dikategorikan sebagai bercinta / tidak bercinta lagi) .. Ikhlasnya, suami memberitahu kakak niat utk memperisterikan sy dan murninya kakak menerima pelawaan sy utk berjumpa empat mata pd ketika itu.

” Tidak salah jika antara kita (wanita) terlanjur menyayangi lelaki yg sudah berkahwin tetapi kita perlu BERBAHASA dan tahu bagaimana utk tidak menambah kelukaan pd sebelah pihak yg sudah tersedia lukanya. Kesimpulannya, hormati kasih sayang yg Allah kurniakan dan jangan ‘lokek’ meminta maaf samada wujudnya salah atau tidak.

“Terima kasih suami, terima kasih kakak kerana sudi menjadikan Nurulhidayah sebahagian daripada hidup kalian. Inshaa Allah, nantikan perkongsian sy lagi. Ingat, ber’bahasa’lah. Ia tidak menjadikan kita miskin malah Allah memberikan kekayaan jiwa pd kita. Inshaa Allah,”tulisnya.

Terdahulu, Nurul dan pasangan, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff melangsungkan majlis akad nikah yang cukup indah di Masjid al-Haram (Masjidil Haram Makkah).-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.