Mat Said Tolak Tawaran Dr Mahathir, Tetap Setia Pada UMNO

CHUKAI — Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal  dan Ketua Umno Bahagian Kemanan itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap Umno meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.

Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya ‘bekeng’ (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan Umno Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.

“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli Umno,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. — Bernama

One thought on “Mat Said Tolak Tawaran Dr Mahathir, Tetap Setia Pada UMNO

  • November 16, 2018 at 10:46 am
    Permalink

    PH tk perlu pun… individu2? rakyat yg undi PH..kekuatan PH ada pd rakyat bukan individu pun?? Tk pujuk paksa sapa2 weh?? Usah nk action perasan bawang lebih??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.