Kadar Air Tidak Berhasil, Pulau Pinang Paling Teruk Tempoh 32 Tahun – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 7 September 2017

Kadar Air Tidak Berhasil Pulau Pinang yang paling teruk dalam tempoh 32 tahun. PBA harus memecat Pengerusinya untuk ketidakcekapan.

Guan Eng sentiasa memuji dirinya bahawa Pulau Pinang mempunyai kadar air yang paling rendah dan Air Tidak Berhasil (NRW) yang paling rendah – yang telah dicapai di bawah pengurusan Kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini.

Menurut Koordinator konstituensi Padang Kota, H’ng Khoon Leng, NRW Pulau Pinang menurun dari 21.5% pada tahun 1985 kepada 18% pada tahun 2008, yang membolehkan penduduk menikmati kadar air paling murah di negara ini.

“Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, NRW telah bertambah buruk. Pada tahun 2014, NRW adalah 18.25%, pada tahun 2015 NRW meningkat kepada 19.9% dan pada tahun 2016 ia bertambah kepada 21.5%,” kata H’ng.

Dan ia dijangka terus bertambah teruk.

Jadi, ini bermakna bahawa walaupun Pulau Pinang meningkatkan kadar airnya sebanyak 3 kali sejak 2010, Kerajaan Pulau Pinang gagal menggunakan hasil tambahan untuk melabur dalam menambahbaikan pengurusan sumber air dan NRWnya.

Sebaliknya, Kerajaan Pulau Pinang telah membenarkan kadar NRW untuk menjadi yang paling teruk dalam tempoh 32 tahun – merugikan semua kerja yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini.

Malah sejak tahun 2015, Melaka kini telah mengatasi Pulau Pinang sebagai negeri dengan kadar NRW terendah – mahkota yang telah dipegang Pulau Pinang selama beberapa dekad.

Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi kelak.

Pulau Pinang juga tidak lagi mempunyai kadar air terendah secara keseluruhan. Oleh kerana kenaikan tarif air yang kerap, Pulau Pinang juga bukan lagi yang paling murah.

Sabah, Labuan, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Perlis kini mempunyai kadar air komersial yang lebih murah daripada Pulau Pinang.

Bukan sahaja mereka telah kehilangan mahkota NRW dan tidak lagi mempunyai kadar air keseluruhan yang paling murah di Malaysia tetapi syarikat air Pulau Pinang sendiri kini perlu mendapatkan pinjaman mudah kecemasan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghalangnya daripada kehabisan wang tunai – masalah yang tidak wujud di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Ini walaupun kerajaan persekutuan menyelamatkan hutang RM655 juta syarikat air Pulau Pinang dan memberi geran sebanyak RM1.2 bilion untuk memperbaiki empangannya pada tahun 2011 serta Kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar air sebanyak 3 kali pada 2011.

Ke manakah semua wang ini menghilang dan mengapa wang ini tidak digunakan untuk menambahbaikkan pengurusan air dan mengurangkan NRW tetapi sebaliknya membiarkan NRW menjadi semakin teruk?

Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) perlu segera dipecat kerana ketidakcekapannya.


Baca lebih lanjut di http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/07/gerakan-on-penang-water-rates/

*Penang Non-Revenue Water rate the worst in 32 years. PBA should sack its Chairman for incompetence*Guan Eng had…

Posted by Lim Sian See on Thursday, September 7, 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.